YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID Menteri Besar Terengganu, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, Pejabat Menteri Besar Terengganu, 20502 Kuala Terengganu, TERENGGANU. |
Terengganu
Monday, 16 September 2013
Daulat Sultan - Terengganu
Artis/ Artist: -
Album/ Info: Lagu Rasmi Negeri Terengganu/ Terengganu Official Anthem
Video Muzik/ Music Video: Lagu Negeri Terengganu Darul Iman 'Daulat Sultan'
Youtube
Lirik Lagu/ Lyrics: Daulat Sultan - Terengganu [BM]
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Lirik Lagu/ Lyrics: Daulat Sultan - Terengganu [English Translation]
God sanctify the reign of our lord the Sultan
Terengganu the abode of faith
God protect his majesty
Blissful throughout his reign
God bestow mercy upon his majesty
Govern the people in peace
Selamat Datang Ke Terengganu
Terengganu yang kaya dengan budaya warisan dan keindahan alam semulajadi
sentiasa menanti kunjungan pelancong-pelancong..selamat datang semu...
BUKIT PUTERI
Bukit
Puteri kaya dengan catatan sejarah dan lagenda sehingga menjadi antara
daya tarikan pelancong ke negeri ini. Bukit Puteri merupakan satu tempat
yang penuh bersejarah kerana pernah menjadi kubu dan rebutan semasa
Perang Saudara semasa zaman pergolakan Kesultanan Terengganu antara
tahun 1931 hingga 1939. Antara peninggalan sejarah yang masih jelas
dapat dilihat di Bukit Puteri ini antaranya singgahsana sementara,
tempat simpanan bedil dan meriam, genta (loceng besar), meriam beranak,
tiang bendera...
HUTAN LIPUR RANTAU ABANG
Hutan
Lipur Rantau Abang terletak di Hutan Simpan Jambu Bongkok, Daerah
Marang, 65 km dari Bandar Kuala Terengganu. Ia merupakan jenis Hutan
Pamah Tamah Bris. Jenis hutan ini banyak ditumbuhi oleh spesies yang
terdiri Balau Pasir. Hutan Lipur ini istimewa kerana ianya juga
berhampiran dengan pantai Rantau Abang tempat penyu bertelur.Beberapa
kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan
gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki .Pelbagai aktiviti
boleh dijalankan disini...
HUTAN LIPUR AIR MENDERU
Hutan
Lipur Air Menderu terletak 10 km dari Pekan Kerteh dan 120 km dari
Bandar Kuala Terengganu.Hutan Lipur Air Menderu juga terletak di Hutan
Simpan Rasau Kerteh yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah.
Kawasan hutan lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna serta dapat
dilihat melalui denai hutan di sini. Pelbagai kemudahan disediakan untuk
pengunjung seperti pondok rehat, tandas awam, lorong pejalan
kaki,bekalan air dan tapak perkhemahan.Pelbagai aktiviti boleh
dijalankan disini mandi-manda,...
HUTAN LIPUR SUNGAI CHEMERONG
Hutan
Lipur Sungai Chemerong terletak 30 km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah
dan 100 km dari Kuala Terengganu. Ianya berada dalam Hutan Simpan Pasir
Raja, Daerah Dungun yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit.
Pelbagai flora dan fauna terdapat di sini dan hutan lipur ini kaya
dengan spesies meranti dan keruing. Keunikan hutan lipur ini ialah
terdapatnya air terjun setinggi 305 m yang merupakan yang tertinggi
sekali di negara ini.Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara pandang
dan beberapa...
PANTAI BATU RAKIT
Pantai
Batu Rakit terletak 30km dari Kuala Terengganu dan 15km dari pantai
Merang di Daerah Setiu. Pantai Batu Rakit yang menghadap Laut Cina
Selatan merupakan sebuah pantai yang dihiasi dengan perkampungan nelayan
dan tidak hairanlah disepanjang pantainya dihiasi dengan bot-bot
nelayan dan aktiviti yang berkaitan dengan laut. Anda juga dapat merasai
sendiri keropok lekor, satar dan otak-otak di Pantai Batu Rakit yang
sememangnya berbeza rasanya dengan tempat-tempat lain dan sangat rugi
jika tidak...
HUTAN LIPUR RASAU KERTEH
Terletak
16 km dari Pekan Kerteh melalui Jalanraya Kerteh-Dungun, 115 km dari
Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur Rasau Kerteh terletak dalam Hutan
Simpan Rasau Kerteh, Daerah Kemaman yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Pamah dan kaya dengan pokok-pokok dari spesies seperti
meranti dan keruing. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan
melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.Pelbagai
kemudahan di sediakan untuk kegunaan pengunjung seperti pondok rehat dan
denai hutan.Beberapa...
Terengganu Darul Iman yang terkenal dengan jolokan "Negeri di Mana Alam
Semulajadi Memayungi Warisan" ini sememangnya merupakan lokasi yang amat
menarik untuk dikunjungi. Dari hujung desa hinggalah ke kota
besar,negeri ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Jadi,apa yang
ditunggu lagi..Jom KENALI TERENGGANU.
Keterangan:
Meh Kite Kenal Bendera (Jom Kita Kenal Bendera)
Bendera bukanlah
satu benda yang sia-sia.Sebaliknya,bendera adalah lambang kepada
sesuatu.Setiap bendera yang ada di dunia mempunyai maksud yang
tersendiri.Begitu juga dengan bendera Negeri Terengganu dan Bendera
daerah-daerah di Negeri Terengganu.
Bendera Negeri
Keterangan:
- Latar belakang berwarna Putih maksudnya D.Y.M.M Sultan.
- Ia melingkungi Tanah Hitam yang bermakna Rakyat. Oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda.
- Anak Bulan dan Bintang tanda Agama Islam, agama Negeri.
Keterangan:
Bendera Daerah Kuala Terengganu
Melambangkan Ibu Negeri Terengganu dan Bandar Di Raja dan Daerah Utama negeri ini
Melambangkan Ibu Negeri Terengganu dan Bandar Di Raja dan Daerah Utama negeri ini
Bendera Daerah Besut
Melambangkan pembangunan tanah dan infrastruktur teknologi tenaga
Melambangkan pembangunan tanah dan infrastruktur teknologi tenaga
Bendera Daerah Marang
Melambangkan pemulihan penyatuan rakyat
Melambangkan pemulihan penyatuan rakyat
Bendera Daerah Kemaman
Melambangkan bahawa warna ini memberi kekuatan yang berkaitan dengan pertumbuhan industri yang berasaskan petroleum dan gas
Melambangkan bahawa warna ini memberi kekuatan yang berkaitan dengan pertumbuhan industri yang berasaskan petroleum dan gas
Bendera Daerah Dungun
Melambangkan bahawa ianya memberi hasil dari perusahaan perikanan dan perusahaan pelancongan yang terkenal dengan Penyu Belimbing
Melambangkan bahawa ianya memberi hasil dari perusahaan perikanan dan perusahaan pelancongan yang terkenal dengan Penyu Belimbing
Bendera Daerah Setiu
Melambangkan pengemblengan tenaga rakyat untuk pembangunan penempatan
Melambangkan pengemblengan tenaga rakyat untuk pembangunan penempatan
Bendera Daerah Hulu Terengganu
Melambangkan keberanian dan kesungguhan bekerja
Melambangkan keberanian dan kesungguhan bekerja
Subscribe to:
Posts (Atom)