Monday, 16 September 2013

Terengganu Darul Iman yang terkenal dengan jolokan "Negeri di Mana Alam Semulajadi Memayungi Warisan" ini sememangnya merupakan lokasi yang amat menarik untuk dikunjungi. Dari hujung desa hinggalah ke kota besar,negeri ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Jadi,apa yang ditunggu lagi..Jom KENALI TERENGGANU.

Meh Kite Kenal Bendera (Jom Kita Kenal Bendera)

Bendera bukanlah satu benda yang sia-sia.Sebaliknya,bendera adalah lambang kepada sesuatu.Setiap bendera yang ada di dunia mempunyai maksud yang tersendiri.Begitu juga dengan bendera Negeri Terengganu dan Bendera daerah-daerah di Negeri Terengganu.


Bendera Negeri



  Keterangan:
  • Latar belakang berwarna Putih maksudnya D.Y.M.M Sultan. 
  • Ia melingkungi Tanah Hitam yang bermakna Rakyat. Oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. 
  • Anak Bulan dan Bintang tanda Agama Islam, agama Negeri. 
Bendera Daerah  
Keterangan:
Bendera Daerah Kuala Terengganu
Melambangkan Ibu Negeri Terengganu dan Bandar Di Raja dan Daerah Utama negeri ini

Bendera Daerah Besut
Melambangkan pembangunan tanah dan infrastruktur teknologi tenaga 

Bendera Daerah Marang
Melambangkan pemulihan penyatuan rakyat

Bendera Daerah Kemaman
Melambangkan bahawa warna ini memberi kekuatan yang berkaitan dengan pertumbuhan industri yang berasaskan petroleum dan gas

Bendera Daerah Dungun
Melambangkan bahawa ianya memberi hasil dari perusahaan perikanan dan perusahaan pelancongan yang terkenal dengan Penyu Belimbing

Bendera Daerah Setiu
Melambangkan pengemblengan tenaga rakyat untuk pembangunan penempatan 

Bendera Daerah Hulu Terengganu
Melambangkan keberanian dan kesungguhan bekerja

No comments:

Post a Comment